Friday, August 19, 2011

DXN Berada Di Tangga Ke-40 Dunia

Info dari Networker Magazine

Baru-baru ini, DXN telah diiktiraf sebagai syarikat jualan langsung teratas di seluruh dunia dalam ‘ 100 Global DSN: Syarikat Jualan Langsung Terbesar di Dunia’ oleh Direct Selling News (DSN), Amerika Syarikat.

Kejayaan ini menjadikan DXN antara syarikat jualan langsung yang amat disegani dalam industry jualan langsung. Kejayaan di perinkat global ini sesungguhnya amat membanggakan kerana syarikat yang berasal dari Malaysia ini juga membuktikanpengurusan yang cekap dan strategi yang berkesan mampu menjadikan syarikat tempatan bersaing di peringkat global. DXN telah bertapak dengan kukuh menawarkan pelbagai produk berkualiti untuk semua pengguna. Produk keluaran DXN merangkumi produk makanan kesihatan, produk makanan dan minuman, produk penjagaan kulit dan kosmetik, produk penjagaan diri, produk penjagaan rumah, dan lain-lain lagi. Pada tahun 2003, DXN Holdings Berhad, telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur (kini dikenali sebagai Pasaran Utama Bursa Malaysia). Penyenaraian ini sesungguhnya kejayaan yang amat membangga kan untuk DXN.

DXN member focus dalam pengeluaran produk Ganoderma, semakin dikenali di perinkat antarabangsa sejak beberapa tahun yang lalu. Syarikat yang bermula di Malaysia ini telah berkembang ke seluruh dunia dan telah menakluki 150 pasaran dengan lebih daripada 85% hasil syarikat dijana dari luar Negara.

Pembukaan Pasaran Antarabangsa
Perkembangan DXN di pasaran global terbukti mantap apabila kumpulan ini mencatatkan keuntungan bersih melebihi RM28 juta pada tahun kewangan 2010 Rekod keuntungan ini adalah yang tertinggi pernah dicatatkan sepanjang tempoh syarikat ini beroperasi. Pencapaian cemerlang ini sebahagian besarnya dipacu oleh perkembangan kukuh pasaran antarabangsa terutamanya di Filipina, Mexico, India, dan UAE. Selain itu, usaha memasuki pasaran Eropah dan Amerika Latin juga telah membuatkan hasil yang memberangsangkan.

Mengimbas kembali sejarah penubuhan syarikat, DXN sebenarnya ditubuhkan pada tahun 1993 atas minat Dato’ Dr Lim Siow Jin yang mendalam terhadap kulat Lingzhi. Kulat LIngzhi ini mempunyai hubung kait yang rapat dengan kesihatan manusia dan keinginan beliau untuk menarik minat lebih ramai orang terhadap khasiat herba ini, menjadi pendorong utama terhadap penubuhan perniagaan ini.

Profesional Dan Pakar Dalam Penghasilan Produk Berasaskan Ganoderma
Sejak ditubuhkan, DXN merupakan syarikat jualan langsung tempatan yang menghasilkan produk berasaskan Ganoderma tanpa bergantung kepada kepakaran dan bantuan asing. Yang istimewa semua proses penanaman, pemprosesan dan pemasaran produk adalah diuruskan oleh DXN sendiri dengan kawalan kualiti yang ketat di bawah bimbingan Dato’ Dr Lim Siow Jin. DXN sentiasa memastikan produk yang dihasilkan mempunyai kualiti yang terjamin.

Selain itu, Ladang Ganoderma DXN adalah antara lading Ganoderma berintegrasi yang terbesar di dunia dengan keluasan 34 hektar. Ia juga merupakan lading Ganoderma yang pertama mendapat pengiktirafan ISO 14001. Ladang ini mengamalkan cara penanaman organic, dengan pengiktirafan Skim Organik Malaysia (SOM) oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Tiada sebarang racun perosak dan baja kimia digunakan pada semua peringkat penanaman untuk menghasilkan Ganoderma yang paling unggul.

Ganoderma yang telah matang akan dikutip dari lading setiap tiga bulan dan dihiris untuk dijadikan ramuan dalam produk yang ditetapkan. Pada peringkat ini, Ganoderma yang diap dihiris akan melalui proses pengeringan sejuk beku. Proses ini telah digunakan oleh DXN keran ia mampu mengekalkan nilai khasiat Ganoderma tanpa merosakkan kandungan aktif semula jadinya,

Kelengkapan Infrastruktur Dan Anugerah Sijil Kecemerlangan
Produk keluaran DXN adalah berasaskan Lingzhi atau nama saintifiknya Ganoderma lucidum. Produk DXN kini telah melebihi 100 jenis, jika dibandingkan dengan hanya empat produk pada awal 90-an, bagi memenuhi permintaan masyarakat Malaysia dan antarabangsa. Antara produk yang terlaris dan paling disyorkan oleh DXN pastinya Reishi Gano (RG) dan Ganocelium (GL). Kedua-dua produk teras ini dihasilkan oleh kilang farmaseutikalnya sendiri yang berstatus GMP.

Pada awal penubuhan, DXN hanya sebuah syarikat tidak ternama, dengan pajabat yang serba sederhana. Namun di bawah pimpinan Dato’ Dr Lim, DXN terus berkembang setiap tahun sehingga menjadi satu kumpulan berintegrasi yang merangkumi semua aspek seperti pemilikan lading Ganoderma, tapak penyemaian dan pemeliharaan Spirulina serta kilang bersepadu dan rangkaian pemasaran tersendiri.

Kilang DXN yang serba canggih ini termasuklah kilang farmaseutikal, kilang kopi, dan yang terbaru kilang kosmetik. Lantaran kelengkapan infrastruktur yang dimiliki, DXN telah mendapat status GMP, TGA Austaralia dan pengiktirafan ISO 9001 bagi kilang farmaseutikalnya serta beberapa lagi sijil seperti ISO 14001 dan SOM bagi lading Ganodermanya. Malah, makmal DXN turut mendapat pengiktirafan MS ISO/IEC17025 atas kepakaran dan operasinya yang memenuhi skop system pengurusan kualiti makmal. Semua pensijilan ini jelas membuktikan betapa komitednya DXN dalam menjalankan perniagaan berasaskan Ganoderma.

Produk Berstatus Halal Dan Pembangunan Perniagaan Berasaskan ‘Pendekatan-E’
Malaysia sebuah Negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Majoriti masyarakatnya menganut agama Islam. DXN sedar bahawa produk halal amat diperlukan oleh masyarakat Malaysia khasnya masyarakat Muslim di Negara ini. Oleh sebab itulah, produk DXN dari awal lagi telah mendapat status Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysim (JAKIM). Dengan adanya status Halal, produk DXN bukan saja Berjaya menembusi pasaran masyarakat Islam, malah turut mendapat sambutan baik daripada masyarakat bukan Islam. DXN yakin, permintaan terhadap produk halal akan menjadi satu trend pada masa akan datang.

Sehingga kini, DXN mempunyai lapan cawangan pemasaran bagi melayani kira-kira 300,000 pengedar di seluruh Malaysia. Jika kita melihat kepada angka pertumbuhan bilangan pengedar pada tahun-tahun lepas. DXN amat optimis dan mensasarkan10% peningkatan jumlah pengedarnya. Bagi menampung bilangan pengedar yang semakin meningkat, DXN mengaplikasikan ‘pendekatan-e’ dalam cara perniagaannya. Pendekatan ini adalah amat penting dan strategik untuk kos transaksi, meningkatkan produktiviti, memperbaiki mutu khidmat pelanggan dan jualan serta mengembangkan peluang perniagaan adalah amat luas.

Tiga Konsep Eka Jamin Kejayaan Berterusan
Sebagai salah satu peneraju dalam industry MLM, DXN sentiasa berpegang teguh kepada konsep ‘Eka Naga, Eka Pasaran, Eka Minda’ dalam operasi perniagaan. Dalam konteks ‘ Eka Naga’, DXN menghasilkan Ganoderma tanpa bergantung kepada bantuan asing. Setiap peringkat – dari penanaman, pemprosesan hingga pemasaran produk – diurus oleh DXN sendiri dengan kawalan ketat. Dengan cara ini, DXN bukan saja mampu mengawal kos bagi produk yang dihasilkan, malah kualiti produk turut terjamin.

Selain itu, setiap warga DXN turut berpegang terhadap konsep ‘Eka Minda’, iaitu kita perlu member tumpuan yang sepenuhnya dalam mencapai sasaran. Apabila berdepan dengan rintangan atau tekanan, kita mesti menghadapinya dengan penuh ketabahan dan kebijaksanaan.

Dalam konteks membimbing para pekerja, DXN bersikap terbuka dan meyakini kebolehan dan member peluang kepada semua pekerja untuk mencungkil bakat dan membuktikan kebolehan mereka. Peluang sentiasa diberikan kepada pekerja untuk menggunakan bakat mereka dan disesuaikan dengan kehendak dan operasi syarikat.


Konsep Satu Dunia Satu Pasaran
Bagi pelan pemasarannya pula, DXN merupakan syarikat pertama yang melancarkan konsep jualan “Satu Dunia, Satu Pasaran’. Di bawah konsep ini, pengedar dari mana-mana Negara layak menaja sesiapa sahaja sebagai pengedar baru dan Negara layak menaja sesiapa sahaja sebagai pengedar baru dan pengedar baru tersebut akan menjadi talian bawahan langsungnya, walaupun mereka berlainan warganegara.


Berpegang teguh kepada konsep ‘ Satu Dunia, Satu Pasaran’, DXN memperakui keahlian dan jualan seseorang pengedar tanpa mengira kerakyatannya. Ini bermaksud para pengedar boleh menikmati pelbagai faedah dan bonus antarabangsa dengan hanya satu kad keahlian.

Pembukaan Pasaran Yang Lebih Luas
Bagi tahun 2011, DXN akan terus member tumpuan penuh bagi mengembangkan pasaran perniagaan MLM di seluruh dunia, terutamanya di benua Eropah dan Amerika Latin. Tekad dan usaha DXN selama ini telah menampakkan hasil yang begitu positif. Usaha ini terselah khasnya di Hungary dan Mexico. Sebagai pengusaha aktif di pasaran global, DXN akan terus cuba menembusi pasaran baru. Demi membina platform global yang teguh kepada pengedar sedunia, DXN akan terus meningkatkan kemampuan syarikat dalam pendekatan pemasaran dan latihan, penggunaan teknologi maklumat di samping mengamalkan komunikasi terbuka. DXN yakin bahawa perkembangan positif ini akan terus menular dan DXN sentiasa bersedia berkongsi rahsia kejayaan dan kesihatan bersama-sama anda.


No comments: