Tuesday, April 26, 2011

Apa Itu Ganoderma ?

Ganoderma adalah sejenis cendawan yang mempunyai nilai-nilai perubatan atau farmaseutikal yang unik. Istilah saintifik bagi kulat ini ialah Ganoderma Lucidum, manakala istilah am nya ialah Reishi yakni panggilan bagi masyarakat di Jepun dan Ling-zhi pula panggilan bagi masyarakat di China.

Kulat ini berwarna merah dan mempunyai kulit luar yang keras dan berkilat. Ia adalah lebih terkenal dengan nama Reishi dan Ling-zhi dan telah digunakan oleh masyarakat China dalam bidang perubatan semenjak lebih 3000 tahun lampau.

Bagi masyarakat Islam, Ganoderma telah diketahui semenjak zaman Nabi Musa a.s. Ini ada dijelaskan di dalam al-Quran di dalam Surah al-Baqarah , ayat 57-61. Allah menerangkan bahawa Ganoderma adalah sebaik-baik makanan. Kitab-kitab perubatan Islam zaman dahulukala juga menyebut Ganoderma sebagai ubat yang sungguh mujarab dan istimewa.

Secara umumnya, terdapat lebih 200 spesis Ganoderma. Bagaimanapun hanya 6 jenis sahaja didapati memberikan kesan terapeutik yang tinggi. Tiap-tiap spesis ini mempunyai keistimewaan dan kemustajaban yang tersendiri.

Menurut masyarakat China, Ganoderma berupaya memanjangkan usia dan menjadikan seseorang itu cergas dan awet muda. Ia juga dipercayai dapat meningkatkan aliran darah dan meningkatkan kecerdasan minda. Kerana itu, Ganoderma dikenali sebagai Herba Yang Ajaib.

Kajian-kajian klinikal moden mendapati bahawa Ganoderma berupaya untuk mengawal dan membantu memulihkan:

1. Sistem kulit

2. Sistem saraf

3. Sistem jantung

4. Sistem mata

5. Sistem Ginjal / buah pinggang

6. Sistem pernafasan

7. Sistem aliran darah


Dari kajian-kajian yang dijalankan juga, didapati bahawa Ganoderma mempunyai potensi untuk mengawal dan membantu memulihkan pelbagai penyakit kronik meliputi:
  •  Kanser
  •  Tekanan Darah Tinggi
  •  Hepatitis
  •  Kencing Manis (Diabetes)
  •   HIV & AIDS
  •   Alahan

Kajian oleh ahli-ahli mikologi dan farmakologi mendapati bahawa Ganoderma mengandungi sebatian-sebatian berikut:

Asid Amino D-mannitol Polisakarida
Asid Organik Ergosterol Sakarida
Asid Protease Glukosamin Sterol
Adenin Lakton Triterpenoid
Adenosin Lisozim Vitamin
Alkaloid Oganik Germanium(GE) Garam Galian


Hasil kajian juga mendapati bahawa Ganoderma mempunyai kandungan khasiat seperti berikut:

Air

- 750.0mg
Kalori

- 1.7
Lemak

- 9.0mg
Serat

- 25.0mg
Vitamin B3

- 0.076mg
Besi

- 0.19mg
Kalsium

- 3.0mg
Asid Pantotenik

- 0.032 mg
Vitamin B1

- 0.0016mg
Vitamin C

- 0.0625mg
Fosferus

- 0.03mg
Karbohidrat

- 115.0mg
Protin

- 75.8mg
Vitamin B2

- 0.0064mg
Vitamin D

- 0.769mg

Bagi setiap 100mg Ganoderma Lucidum asli


Komponen yang penting dalam Ganoderma serta kepentingan dari segi kesihatannya:

1. Organik Germanium (GE) – Berupaya dalam meningkatkan kemampuan darah untuk menyerap oksigen sebanyak 1.5 kali atau lebih

2. Polisakarida – Menguatkan lagi sistem immunisasi badan dan meningkatkan kesihatan tubuh badan ( yakni melancarkan lagi fungsi pembuluh darah dalam badan )

3. Adenosin – Menyokong kesihatan terhadap fungsi sistem pengaliran darah ke jantung yang mana dapat mengaktifkan lagi sel-sel badan. Adenosin ini membekalkan nutrien yang berkhasiat dan dapat menguatkan lagi pembuluh darah. Apabila aliran darah berfungsi lancar, kapilari darah ini akan meningkat, maka ia dapat mengangkut bekalan oksigen yang lebih serta nutrien bagi mengekalkan kesihatan yang baik

4. Ganoderma juga mengandungi mineral, protein, vitamin dan lain-lain sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini.

Ganoderma tidak bertindak langsung terhadap penyakit yang dihadapi, sebaliknya bertindak terhadap elemen dan sel tubuh manusia itu sendiri. Hakikat ini adalah kerana apa jua penyakit yang menimpa manusia adalah berpunca dari elemen dan sel yang tidak sihat, rosak atau binasa.

Daripada laporan-laporan farmakopeia, adalah dilapurkan bahawa ahli-ahli farmakologi telah mendapati Ganoderma amat berkesan terhadap masalah-masalah kesihatan dan penyakit-penyakit seperti berikut:

1. Meningkatkan tindakbalas terhadap masalah hyperlipidemia ( keadaan darah di mana kandungan lemak melebihi kadar lazim) dan merangsang fungsi koronari terhadap saluran arteri

2. Membantu memulihkan masalah dan gangguan tekanan darah tinggi atau rendah

3. Membantu memulihkan masalah asma dan tekanan jiwa yang kronik

4. Membantu memulihkan masalah tekanan dan neurasthenia ; yakni gangguan secara psikologi dan fizikal terhadap sistem saraf

5. Membantu memulihkan dan mengimbang semula masalah erythropthisis ( penurunan jumlah kandungan lazim sel darah merah) serta leucocytopenia ( penurunan jumlah kandungan lazim sel darah putih )

6. Mengawal dan memulihkan penyakit kanser dan penyakit-penyakit degenaratif

7. Hilang selera makan

8. Hilang ingatan/nyanyuk

9. Sumbatan saluran darah

10. Masalah tulang sendi

11. Masalah kerongkong

12. Hepatitis A, B, C, D

13. Masalah kulit

14. Gastrik

15. Masalah kerosakan hati

16. Sukar tidur malam (Insomnia)

17. Keracunan makanan

18. Masalah saluran pernafasan

19. Masalah keguguran rambut

20. Masalah bengkak ginjal / buah pinggang

21. Ulser

Menurut Dr. David Chu, seorang pakar perubatan tradisional China di Calgary, Kanada menyebut di dalam buku Reishi Mushroom : Herb of Spritual Potency and Medical Wonder, Sylvan Press, washington ( 1990 ) karangan Dr Terry Willard bahawa Ling-zhi mempunyai kesan sedatif yang dapat melegakan sistem saraf pusat. Ling-zhi juga dapat membantu mengatasi masalah sukar tidur malam dan kegelisahan.

Menurut beliau, kajian-kajian menunjukkan Ling-zhi mempunyai pengaruh yang berkesan merangsang sel-sel darah putih untuk meningkatkan kekuatan memerangi gejala-gejala asing. Ling-zhi juga begitu ketara khasiatnya dalam kes-kes kanser. Rawatan radioterapi (sinaran radiasi) dan kimoterapi pada kebiasaannya akan mengurangkan bilangan sel-sel darah putih. Apabila dosej Ling-zhi diambil sebelum menjalani kedua-dua bentuk rawatan tersebut, bilangan sel-sel darah putih tidak akan berkurangan.

Dari kajian beliau, Dr Chu mendapati Ling-zhi amat berkesan untuk merawat asma, radang paru-paru dan batuk juga berkesan untuk mengeluarkan toksik daripada hati dan memelihara serta melindungi sel-sel hati. Kerana itu, Ling-zhi amat sesuai untuk merawat hepatitis. Ling-zhi juga adalah amat berkesan terhadap jantung terutama bagi mengatasi masalah kesesakan nafas, pengaliran darah ke jantung dan kestabilan fungsi jantung.

Masyarakat China menurut Dr Chu, semenjak dahulukala lagi percaya bahawa Ling-zhi berupaya mengimbangi organ-organ utama tubuh dalam menjalankan fungsi masing-masing. Dr Terry Willard sendiri di dalam buku tersebut, mencatitkan kesan Reishi sebagaimana yang beliau alami sendiri. Paling ketara adalah keberkesanan Reishi terhadap Sindrom Kelesuan Kronik di mana para pesakit yang kebiasaannya sering kelesuan dan tidak bermaya kembali aktif dan ceria.


CARA GANODERMA INI BERTINDAK :

1. Pengesanan - Penyakit adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan fungsi badan
  •  Ia bertindak mengesan penyakit yang terpendam didalam badan lalu bertindak menyeimbang dan memulihkan semula fungsi tersebut.
  •  Akibat dari proses penyeimbangan dan pemulihan itu, berlaku tubuh akan memberikan satu reaksi terhadap penyakit yang dinamakan kesan tindakbalas

2. Pembersihan - Ia amat berkesan bagi membuang keracunan larutan air seperti asid urid
( penyebab sakit ghout ), deposit garam galian berlebihan dan keracunan larutan organik seperti kolesterol, lebihan lemak, kerosakan tisu, sisa-sisa kimia berminyak, darah kotor dan lain-lain
  •  Keracunan larutan air disingkirkan dari tubuh melalui peluh dan air kencing
  •  Keracunan larutan organik disingkirkan melalui najis, ruam, bisul, kumuhan dan kadang-kalanya melalui kahak dan tahi mata
  •  Semasa proses pembersihan keracunan, tubuh akan terasa panas. Ini adalah disebabkan darah menjadi sedikit berasid kerana racun diserap ke dalam darah sebelum diproses dan disingkir keluar melalui buah pinggang dan hati
  • Tekak juga akan merasa dahaga. Ini menandakan tubuh memerlukan lebih banyak air untuk menyingkirkan keracunan itu

3. Penyeimbangan
  •  Fungsi tubuh dikembalikan menjadi normal
  •  Banyak kesan tindakbalas akan berlaku
  •  Sekiranya kesan tindakbalas agak teruk, kurangkan dosej dan teruskan pengambilan

4. Membaikpulih 
  • Keseluruhan sistem dan fungsi badan akan dibaikpulihkan. Mana-mana bahagian yang rosak akan dibina semula. Keunikan kulat ini ialah ia berupaya membina semula sel-sel yang rosak dan mati
  • Menguatkan semula sistem pertahanan badan dan daya tahan melawan penyakit. Kekuatan fizikal akan dipulihkan. Fikiran akan menjadi lebih tenang

5. Awet muda
  • Fungsi tubuh dikembalikan ke paras optimum. Wajah akan kelihatan lebih ceria dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

No comments: