Tuesday, April 26, 2011

Prinsip-Prinsip Perubatan Ganoderma

KOMPONEN PENTING GANODERMA

1. Organik Germanium (Ge):
Ia boleh meninggikan kadar penyerapan oksigen oleh darah sehingga 1.5 kali dan meningkatkan kadar metabolisme, mengelakkan kemerosotan tisu. Berdasarkan laporan penyelidikan Dr. Kazuhiko Asai dari Jepun, kandungan germanium Ganoderma adalah 800-2000 p.p.m. iaitu 4-6 kali ganda lebih daripada ginseng.

2. "Polysaccharides":
Ia meninggikan sistem tahan diri/kekalisan dan menghapuskan virus. Farmasi Jepun telah menjadikannya sebagai ubat dan mendapat persetujuan dari Jabatan Kesihatan Koseisho Jepun.

3. Rasa Pahit:
Ia diselidiki oleh bidang perubatan Jepun.
Keistimewaan khasiat Ganoderma adalah kombinasi kandungan germanium dan polysaccharides. Tumbuhan lain mungkin mengandungi salah satu daripada kandungan tersebut, tetapi Ganoderma adalah lebih berkesan. Kombinasi kandungan ini juga adalah berlainan berbanding dengan tumbuhan lain dan semua kandungan ini mestilah dipelihara bagi menjamin keberkesanannya.



PRINSIP-PRINSIP PERUBATAN GANODERMA

Berdasarkan eksperimen klinikal yang dijalankan oleh Dr. Shigeru Yuji, faktor-faktor yang menyebabkan keberkesanan Ganoderma adalah fungsi-fungsi asanya:

1. Merendahkan kandungan kolesterol dan lemak dalam darah.

2. Merendahkan kandungan gula dalam darah, memulihkan fungsi pankreas.

3. Menstabilkan selaput sel darah merah.

4. Kandungan Adenosinenya boleh menurunkan fungsi sel darah beku (platelet's aggulation), melarutkan trombus dalam salur darah dan mencegah trombosis.

5. Memperbaiki korteks dan mengawal keseimbangan hormon badan.

6. Memperkuatkan fungsi sistem tahan diri.

7. Mencegah keabnormalan organ-organ.

8. Mengelakkan daripada menjadi tua, mengekalkan tubuh yang cergas.

9. Mengurangkan kesan sampingan ubat anti hipertensif (ubat menurunkan tekanan darah).

10. Mencegah kemerosotan fungsi organ.

11. Mencegah sensitiviti yang disebabkan antigen kerana ia dapat menghalang pembebasan histamin.

12. Mencegah kanser dan menghalang pergerakan sel kanser.

a. Menormalkan dan mencegah kemerosotan tisu.

b. Mencegah pesakit-pesakit kanser daripada kematian tiba-tiba yang disebabkan oleh embolisme.

c. Menghalang trombosis, melarutkan trombi di sekeliling dinding tisu, mencegah ubat-ubat daripada tersekat supaya ubat pencegah kanser dapat masuk ke sel kanser yang seterusnya meninggikan keberkesanannya.

d. Menghapuskan kesakitan akibat daripada kanser.



PERUBATAN DAN KEBERKESANAN

Kadar penyembuhan Ganoderma terhadap "penyakit buah pinggang" hampir mencapai 100%.

Penyakit buah pinggang merupakan salah satu penyakit yang sukar diubati. Ia termasuklah radang buah pinggang kronik, penyakit buah pinggang diabetes, "nephrosis" dan sengal. Salah satu puncanyanya ialah kandungan kolesterol dan gula dalam darah yang berlebihan menyebabkan buah pinggang terlampau berat dan darah tidak dapat sampai ke rerambut. Ini membawa kepada penyakit buah pinggang yang seterusnya mengakibatkan kesukaran membuabg air kecil, bengkak, letih dan mungkin uremia.

Profesor Fumio Tsurudani dari Institut Perubatan, Universiti Nagayo, Jepun membuat eksperimen terhadap pesakit-pesakit buah pinggang untuk menguji keberkesanan Ganoderma. Keputusan menunjukkan Ganoderma bukan sahaja dapat menurunkan kandungan "proteinuria" dan kolesterol, tetapi juga berupaya mengawal fungsi buah pinggang agar ia menjadi normal.

Menurut penyelidikan yang dijalankan ke atas pesakit-pesakit yang mengambil Ganoderma, kami mendapati kadar penyembuhan mereka hampir mencapai 100%. Keputusan ini sungguh menakjubkan.


Kencing manis tidak lagi merupakan penyakit yang menakutkan

Diperkatakan bahawa jika anda mengidap penyakit kencing manis, maka anda akan menderita sepanjang hidup anda. Namun, Ganoderma telah menyembuhkan ramai pesakit yang menghidap penyakit ini.

Proses pengeluaran (secretion) insulin yang tidak mencukupi akan mengakibatkan kencing manis yang seterusnya mewujudkan berbagai jenis penyakit. Suntikan insulin yang digunakan oleh pakar perubatan barat yang moden merupakan satu-satunya cara mengubati penyakit ini. Namun, suntikan ini hanya menurunkan "blood sugar" buat sementara dan akan mendatangkan kesan sampingan. Ia tidak berupaya menyembuhkan fungsi pankreas malah melemahkan fungsinya. Penyelidikan yang dijalankan selama beberapa tahun oleh Institut Penyelidikan Perubatan, Universiti Kinki menunjukkan Ganoderma mempunyai fungsi yang sama dengan insulin. Oleh itu selepas pesakit mengambil Ganoderma, bukan sahaja dapat memperbaiki pengeluaran insulin yang tidak cukup, malah menyebabkan fungsi pankreas kembali kepada normal. Tambahan pula, ia tidak mendatangkan kesan sampingan sebagaimana suntikan.

Mengubati penyakit kencing manis tanpa suntikan merupakan keistimewaan Ganoderma.


Jika Ganoderma diambil bersama dengan ubat “chemotherapy”, kesannya lebih baik bagi pesakit-pesakit kanser buah dada, kanser usus besar dan kanser gastrik yang telah menjalani pembedahan.
Dilaporkan oleh Dr. Hiroshi Kawai dari Universiti Kinki.

Penyelidikan menunjukkan bahawa rawatan yang tidak baik selepas pembedahan akan menyebabkan pesakit mengalami kesan sampingan daripada “chemotherapy”.

Selepas pembedahan kanser buah dada, warna muka pesakit menjadi gelap disebabkan “chemotherapy”. Selepas mengambil Ganoderma selama dua bulan, warna mukanya menjadi normal kembali. Ada juga kes di mana kaki dan tangan menjadi lumpuh dan bengkak selepas pembedahan kanser buah dada. Setelah memakan Ganoderma selama sebulan, keadaannya menjadi bertambah baik. Pembedahan kanser usus besar menyebabkan seseorang itu berpeluh semasa tidur. Selepas pengambilan Ganoderma bersama dengan ubat herba selama 10 hari, masalah ini akan hilang dan selera akan bertambah.

Selera seseorang akan menurun selepas menjalani pembedahan kanser gastrik. Selera pesakit akan menjadi baik jika mengambil enam kapsul Ganoderma setiap hari.

Berdasarkan kepada keputusan di atas, pengambilan Ganoderma bersama “chemotherapy” bukan sahaja mendatangkan kesan positif dari segi rawatan malah ia juga mengurangkan kesan-kesan sampingan di samping meninggikan keberkesanannya.


Menghalang pergerakan sel kanser, menghilangkan kesakitan dan melanjutkan usia.

Ganoderma termasuk ke dalam keluarga kulat dan luas dipergunakan di Jepun, Amerika, Kanada, U.S.S.R. dan Scotland. Terdapat pakar-pakar perubatan dari berbagai negeri telah membuat berbagai percubaan klinikal dengan menggunakan alat-alat saintifik seperti Profesor Ta-cheng dari Institut Perubatan, Universiti Kebangsaan Taiwan, Profesor Cheng Hui-hua dan Profesor Tung Ui-chi dari Institut Perubatan Taipei. Keputusan menunjukkan Ganoderma berkesan untuk penyakit kanser. Laporan mengenai kanser adalah seperti berikut:

1. Komponen anti-kanser Ganoderma ialah “Polysaccharides” dan “Germanium”.

2. Kesannya terletak pada “kesan tambahan” dan “kesan multiplikasi”. Pengambilan secara berasingan tidak mendatangkan kesan.

3. Ia boleh menguatkan stamina, meninggikan kekebalan dan menghalang pergerakan sel kanser serta menambahkan kadar penyembuhan.

4. Penggunaannya sungguh berkesan selepas menjalani pembedahan kanser seperti kanser tenggorok, kanser gastrik, kanser buah dada, kanser usus dan kanser rahim.

5. Ia boleh menghilangkan bengkak air disebabkan kanser, menambahkan selera dan mengurangkan kesakitan dalam tempoh akhir kanser.

6. Ia boleh digunakan bersama rawatan-rawatan kanser yang lain seperti pembedahan, radiasi atau kombinasi dengan “chemotherapy”. Ia berkesan dan tidak mendatangkan kesan sampingan.


Berdasarkan laporan-laporan di atas, didapati bahawa Ganoderma berkesan dalam mencegah, mengawal dan memulihkan penyakit-penyakit kanser.

Kebanyakan daripada kita menghadapi masalah kerosakan gigi, rabun jauh dan kemungkinan dijangkiti kanser. Kita seharusnya cuba mengelakkannya daripada berlaku. Untuk mengelakkan gigi daripada rosak, kita seharusnya banyak mengambil kalsium dan menjauhkan daripada manisan. Jika hendak mengelakkan daripada rabun jauh, kita harus banyak memakan vitamin A dan mengelakkan daripada keletihan mata. Jika kita ingin mencegah kanser, kita seharusnya memakan Ganoderma dan mengelakkan daripada pemakanan yang tidak seimbang.


Ia berkesan untuk hepatitis “acute” (serius) dan kronik serta kemerosotan fungsi hati.

Oleh Dr. Mitsui Hashimoto dari Hospital Hashimoto.

Sehingga sekarang, hepatitis masih merupakan penyakit yang tidak dapat diubati dengan berkesan. Jadi, keberkesanan Ganoderma pasti menjadi terkenal dalam bidang perubatan pada suatu hari nanti.

Pesakit-pesakit telah sembuh setelah mengambil Ganoderma selama tiga bulan iaitu 6 biji setiap hari. Nilai GOT dan GPT pesakit telah menurun dari 200-300 kepada 100.

Di samping itu, terdapat seorang pesakit yang mengambil ubat herba Cina bersama dengan Ganoderma juga berjaya menurunkan GOT dan GPT. Terdapat juga seorang pesakit yang menghidap hepatitis bersama dengan darah tinggi. Keadaannya memuaskan setelah mengambil Ganoderma. Keputusan-keputusan ini tidak boleh dikatakan sangat memuaskan, tetapi ia mendatangkan keputusan yang positif terhadap pesakit hepatitis.

Jika fungsi hati telah merosot, pesakit akan merasa letih. Pengambilan Ganoderma boleh menghilangkan keletihan.


Kesakitan gastrik, ulser gastrik, ulser “duodenal” dan sebagainya berhenti dengan serta merta.

Dilaporkan oleh Dr. Taro Tamura dari Universiti Kinki.

Kami menggunakan Ganoderma untuk mengubati gastrik, ulser gastrik dan ulser duodenal. Kes yang menarik sekali ialah terdapat seorang lelaki yang mengidap ulser gastrik sewaktu dia masih muda. Ubat-ubat lain tidak berkesan langsung, tetapi setelah mengambil Ganoderma selama seminggu kesakitan telah menurun. Walaupun pengambilan Ganoderma dikurangkan, dia hanya merasa sakit selama sehari atau tidak sakit langsung.

Rawatan ini juga berkesan terhadap orang yang mengidap penyakit gastrik dan ulser duodenal yang mengalami kesakitan di bahagian dada, kehilangan selera atau pesakit ulser gastrik yang selalu kekurangan tenaga dan letih. Ia juga berkesan terhadap kesakitan yang dialami selepas pembedahan kanser gastrik.

Selepas pengambilan Ganoderma, berat badan pesakit-pesakit ulser duodenal yang rendah telah meningkat dan muka tidak pucat lagi.


Sakit kepala dan bahu yang disebabkan oleh darah tinggi dan “arteriosclerosis” telah disembuhkan. Tekanan darah juga terkawal.

Dilaporkan oleh En. Isao Tani dari Institut Penyelidikan Perubatan, Universiti Kinki.

Sasaran penyelidikan ialah pesakit-pesakit darah tinggi. Tekanan darah pesakit-pesakit telah diperbaiki iaitu dari 180/96 mmHg menurun ke 126/94 mmHg dalam masa tiga bulan. Penurunan sebegini tanpa menggunakan ubat antihipertensif adalah sukar dijumpai.


Bagi wanita yang diserang penyakit arteriosclerosis, tekanan darah menurun dari 158/77 mmHg kepada 128/67 mmHg dalam masa tiga bulan. Kandungan kolesterol juga menurun iaitu dari 269 menjadi 242.

Sebilangan pesakit darah tinggi pula menghadapi masalah sakit kepala dan bahu. Tekanan darah mereka menurun dari 151/78 kepada 118/72 mmHg dalam masa sebulan. Sakit kepala juga telah hilang. Keadaan sekumpulan pesakit yang mengidap penyakit darah tinggi dan masalah kesakitan juga telah diperbaiki.

Berdasarkan keputusan-keputusan di atas, didapati bahawa Ganoderma sungguh berkesan terhadap penyakit darah tinggi. Ubat antihipertensif hanya berupaya menurunkan tekanan “sistolik” tetapi tidak menurunkan tekanan “diastolik”. Ganoderma dapat menurunkan kedua-duanya. Di sinilah terletaknya keistimewaan Ganoderma.


CARA-CARA MENGGUNAKAN GANODERMA

1. Cara-cara Mengguna:

a. Penjagaan kesihatan: Pada mulanya (tempoh 15 hari pertama) mengambil 1 kapsul sebelum bersarapan dan 1 kapsul lagi sebelum tidur. Selepas 15 hari, 1 kapsul untuk sehari sudah memadai.

b. Pesakit yang mengidap penyakit sengal, radang tenggorok atau kesakitan, harus mengambil 2 kali sehari iaitu sebelum bersarapan dan makan malam sehingga gejala-gejala ini hilang. Selepas itu, sekali dalam sehari sudah memadai. Atau mengambilnya apabila sakit (1 kapsul setiap kali).

c. Pesakit yang mengidap penyakit yang lebih serius seperti hepatitis, kanser, kencing manis, pitam, haruslah mengambil 3 kali ke atas setiap hari, 1-2 kapsul setiap kali. Jika perlu, 4 -5 kali sehari.

d. Disebabkan ramai orang mempunyai gastrik yang ringan, pada mulanya (botol pertama) adalah lebih elok mengambilnya selepas makan. Kemudian mengubah kepada 30 minit sebelum makan.


2. Perhatian:

a. Ganoderma merupakan makanan semulajadi dan sesuai digunakan bersama ubat-ubatan lain.

b. Selepas mengambilnya (pagi), anda harus lari perlahan-lahan atau berjalan-jalan untuk memanaskan badan. Jika tidak, anda boleh menarik nafas yang panjang untuk mendapatkan udara yang segar demi melicinkan pengaliran darah, menambahkan kandungan oksigen dalam badan dan meningkatkan sistem metabolisme.

c. Membuang air besar setiap hari.

d. Menjauhkan dari makanan yang kaya dengan lemak binatang, makanan yang digoreng, makanan yang masin, makanan dalam tin, mengambil lebih buah-buahan, sayur-sayuran dan daging yang segar.


3. Reaksi:

a. Gejala-gejala akan hilang.

b. Cergas dan bersemangat.

c. Selera bertambah tetapi berat badan dapat dikawal.

d. Tidur lebih lena. Masa tidur berkurangan tetapi lebih segar.

e. Proses pembuangan diperbaiki.

f. Reaksi bertentangan:

Selepas mengambil Ganoderma selama 3 hari, akan berlaku reaksi bertentangan. Ianya bukan kesan sampingan. Sila mengambilnya berterusan. Ianya hanya merupakan hasil daripada keberkesanan Ganoderma dan reaksinya adalah berbeza bergantung kepada keadaan tubuh individu. Tidak semua orang akan mengalami reaksi ini berdasarkan kepada jumlah toksin dalam badan yang dibuangkan. Biasanya orang yang bertubuh sensitif atau mengambil terlampau banyak ubat kimia adalah lebih mudah mendapat reaksi ini. Kadang-kadang "urticaria" (bintik-bintik merah) bukan sahaja wujud di bahagian muka dan badan, malah di mulut juga.

Selain daripada itu, gejala-gejala berikut juga berlaku: bengkak, ceret-beret, perut sakit, demam, "tinnitus", perubahan tekanan darah, jumlah pembuangan bertambah. Jangan risau kerana ini bukan kesan-kesan sampingan. Anda dinasihatkan terus mengambilnya. Gejala-gejala ini akan berkurangan dan hilang dalam masa yang singkat.

Kesan-kesan dari rawatan perubatan Cina dan pemakanan biasanya dianggap sebagai kesan sampingan. Sebenarnya bila gejala ini berlaku, penyakit akan dapat disembuhkan. Malah terdapat hujah yang mengatakan "tiada reaksi bertentangan, tiada penyembuhan".


KESIMPULAN

Kini telah membuktikan bahawa semua jenis spesis Ganoderma mengandungi polysaccharides dan triterpenoids. Pada masa kini, Reishi digunakan di klinik San Francisco untuk mengubati penyakit AIDS dan juga pesakit yang mengidap Choronic Fatigue Syndrome (CFS). Kemunculan Reishi merupakan satu misteri kerana ia dapat mengubati banyak penyakit yang sukar diubati seperti AIDS. Reishi berupaya menjadikan seseorang itu kelihatan muda dan memanjangkan usia seseorang jika diambil berterusan. Berdasarkan maklumat di atas, jelas membuktikan bahawa Reishi atau Ganoderma adalah sejenis tumbuhan ubat yang sangat berkesan terhadap penyakit.



petikan dari http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a72856.htm

No comments: