Showing posts with label Coffee. Show all posts
Showing posts with label Coffee. Show all posts

Saturday, November 19, 2011

'kopi maut'


Penggemar ‘kopi pacak’ atau dikenali kopi campuran pil perangsang tenaga batin yang didakwa pengeluarnya mampu memberikan tenaga tambahan ketika beraksi di ranjang dinasihatkan berhati-hati kerana produk berkenaan boleh mengancam nyawa berikutan kandungan kimianya membahayakan kesihatan sekiranya diambil berterusan.

Ini berikutan kes terbaru membabitkan seorang lelaki warga emas yang dikejarkan ke hospital di utara tanah air akibat sesak nafas selain mengalami serangan jantung selepas meminum kopi berkenaan, bulan lalu.

Warga emas berusia 60-an terbabit, bagaimanapun berjaya diselamatkan selepas diberi rawatan kecemasan dan hospital mengesahkan ia berpunca daripada pengambilan kopi berkenaan.

Perkara itu didedahkan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berikutan kemunculan semula produk minuman kopi maut yang dicampurkan kimia berbahaya atau racun berjadual.


Menurutnya, Bahagian Penguat Kuasa Farmasi memandang serius maklumat terbaru itu dan menghantar 10 sampel produk kopi campuran berlainan untuk dianalisis di makmal.


Cuba teka kopi jenama apa yang disembunyikan ye?

Thursday, September 29, 2011

Kopi kurangkan murung


Ada bukti saintifik kebaikannya terhadap kesihatan manusia

KOPI sering kali dianggap sebagai minuman yang kurang sihat, selain kadar kafein yang tinggi ia juga memberikan pelbagai implikasi terhadap seseorang jika pengambilannya berlebihan.

Namun, ada kalanya kopi memberikan kebaikan terhadap kesihatan manusia. Dengan keharuman aroma terutama ketika dihidangkan panas memang memikat.

Penyelidik Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, Alberto Ascherio, berkata wanita yang minum empat cawan kopi sehari kurang mengalami kemurungan sebanyak 20 peratus berbanding wanita yang jarang minum kopi.

Kafein sering digunakan sebagai rangsangan untuk sistem saraf dan pengambilan kopi menyumbang kepada 80 peratus penggunaan kafein.




“Wanita yang minum kopi menjana tenaga dan meningkatkan kesihatan. Kesan jangka pendek ini hasil daripada pengambilan kafein,” kata Ascherio menerusi hasil kajiannya yang disiarkan dalam Archives of Internal Medicine.

Beliau menjelaskan acap kali orang melihat kesan kronik jangka panjang daripada tabiat minum kopi yang ada kafein.
Dalam kajian pasukannya terhadap lebih 50,000 wanita yang mendaftar untuk pengajian jururawat kesihatan, mendapati wanita berkenaan dengan purata usia 63 tahun, tiada seorang pun mengalami tekanan apabila mendaftar untuk pengajian itu.

Pasukan Ascherio menilai penggunaan kopi berdasarkan data pada wanita itu selama 14 tahun bermula sejak 1976. Mereka mengklasifikasikan wanita berkenaan mengikut banyak mana kopi yang diminum diikuti tambahan 10 tahun.

“Kami mendapati wanita berkenaan yang minum empat atau lebih cawan kopi sehari berisiko rendah dalam mendapat kemurungan sebanyak 20 peratus berbanding mereka yang jarang atau tidak pernah minum kopi,” kata Ascherio.

Pasukan itu memfokuskan khusus kepada kopi tetapi mereka turut mendapat hasil kajian yang sama apabila melihat pengambilan kafein secara keseluruhan termasuk minuman ringan yang mempunyai kafein dan coklat.

Mereka mendapati wanita yang berada di tangga kelima dengan pengambilan kafein mempunyai risiko rendah terhadap kemurungan sebanyak 20 peratus berbanding wanita di tangga kelima di bawah.

Pasukan itu membina jurang selama dua tahun antaranya apabila mereka mengira pengambilan kafein dan penilaian mereka untuk kemurungan bagi memastikan mereka bukan saja mengambil wanita yang terlalu tertekan untuk menjadi peminum kopi yang biasa.

Ascherio berkata, ada beberapa kajian yang melihat kesan jangka panjang pengambilan kopi.

Satu kajian kecil di Finland menunjukkan lelaki yang minum lebih banyak kopi kurang cuba untuk membunuh diri.

Pasukan Ascherio turut membuktikan minum kopi yang banyak mungkin boleh melindungi wanita dan lelaki daripada penyakit Parkinson.

Beliau berkata, masih belum jelas bagaimana kopi menghalang daripada kemurungan tetapi sudah ada beberapa petunjuk.

Kajian terhadap haiwan menunjukkan kafein memberi perlindungan terhadap neurotoksin tertentu dan penerima otak yang bertindak balas terhadap kafein bertumpu di sekumpul kelompok sel saraf dalam otak atau basal ganglia, kawasan yang penting untuk kemurungan dan penyakit Parkinson.

Ascherio berkata, dos rendah rangsangan kronik penerima ini mungkin lebih berkesan.

Beliau menekankan yang kajian tidak membuktikan yang kopi merendahkan risiko kemurungan, hanya ia mungkin mampu menghindari kemurungan dalam beberapa cara.

Katanya, banyak lagi kajian yang diperlukan untuk menunjukkan sama ada kopi boleh digunakan untuk menghalang kemurungan. - Reuters

Wednesday, May 11, 2011

Testimonial Menurunkan Berat Badan

Nor Akmawati 29 succeed to lose her weight 7kg in 2 month's only just taking RGGL, spirulina, morinzhi, 3 in 1 coffee, n mycoveggie...also with healthy diet n exercise...:)

Thursday, September 30, 2010

Lingzhi 3 in1 Lite

Kopi Lingzhi 3 dalam 1 Lite merupakan satu lagi variasi kopi terbaru dari siri Kopi Lingzhi DXN. Kopi Lingzhi 3 dalam 1 Lite menawarkan nikmat kopi yang sempurna dengan rasa kelainan lembut berkrimnya. Tuangkan satu sachet ke dalam 150 ml air panas dan kacau untuk menikmati haruman kopi baru anda bersama DXN.

WM RM24.00 / EM RM25.00
20 sachets X 21g
9.5PV


Lingzhi Coffee 3 in 1 Lite is another new variant of the DXN Lingzhi Coffee series. This coffee has a smooth creamy taste. Just add one sachet of the LC3in1 Lite into 150ml of hot water and stir to enjoy a sensational new coffee experience with DXN.


Friday, July 2, 2010

Lingzhi Coffee 3 In 1



Kopi Lingzhi DXN 3 dalam 1 diperbuat daripada biji kopi yang bermutu tinggi dan 100% Lingzhi tulen, tidak mengandungi bahan pewarna, perisa tiruan ataupun bahan pengawet. Jadi, ia dapat menyegarkan minda tetapi tidak mempengaruhi kesihatan anda. Kopi Lingzhi DXN 3 dalam 1 sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Pembungkusannya memudahkan anda menikmati kopi berperisa unik ini di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa mengikut kesukaan anda.

Kopi Lingzhi DXN 3 dalam 1 akan menjadi minuman harian yang tidak akan anda lepaskan.

. . . . . . . . . . . . .


Lingzhi Coffee 3 in 1 is specially blended with finest quality coffee beans and 100% pure Lingzhi with no artificial colouring, flavoring and preservatives.


20 sachets x 21g (plastic bag) - WM RM 23.50 / EM RM 24.50
20 sachets x 21g - WM RM23.50 / EM RM 24.50

Lingzhi Coffee 2 In 1



Kopi Lingzhi DXN 2 Dalam 1 mengandungi ekstrak Ganoderma. Ramuan mudah larutnya mampu menghasilkan aroma kopi terbaik. Secawan Kopi Lingzhi DXN 2 Dalam 1 akan menyegarkan minda anda.

. . . . . . . . . . . . .


Lingzhi Coffee 2 in 1 contains Ganoderma extract. The ingredients are easily dissolved and produce fine aromatic beverage. One cup of Lingzhi Coffee 2 in 1 helps restore your mood.


20 sachets - WM RM 23.00 / EM RM 24.00

Lingzhi Black Coffee



Formulasi unik Kopi O Lingzhi 2 dalam 1, mengandungi kopi segera bermutu tinggi dan ekstrak Ganoderma. Kopi O Lingzhi yang tidak mengandungi gula sesuai bagi mereka yang mementingkan kesihatan. Kopi O Lingzhi bukan sahaja menawarkan kepuasan rasa kopi sebenar, malah merupakan minuman hidangan tetamu yang paling ideal.

. . . . . . . . . . . . .


With a unique formula of Lingzhi Black Coffee finest quality instant coffee and Ganoderma extract, DXN Lingzhi Black Coffee does not contain any sugar additives thus consider a perfect beverage for the health-conscious consumers.

Lingzhi Black Coffee also brings you the satisfying taste of real coffee.


 FB054 : 20 sachets X 4.5g - WM RM 24.50 / EM RM 25.50
 FB003 : 20 sachets X 4.5g - WM RM 25.00 / EM RM 26.50

Zhi Mocha



Zhi Mocha DXN ialah kopi Lingzhi yang dirumus khas untuk peminat kopi yang turut menyukai rasa coklat. Zhi Mocha yang beraroma wangi ini adalah hasil campuran serbuk kopi segera daripada biji kopi terpilih, ekstrak ganoderma dan serbuk koko. Kini, peminat kopi boleh merasa dan menikmati kelainan Zhi Mocha ini tanpa rasa krim yang keterlaluan.

Dengan kopi ais yang amat popular pada masa kini, anda boleh menambah ketulan ais ke dalam Zhi Mocha anda. Ia pastilah pilihan minuman yang baik pada hari yang panas. Samada disediakan secara panas atau sejuk, Zhi Mocha mempunyai rasa yang berkrim, manis dan unik dengan sedikit rasa pahit. Selain daripada Kopi Lingzhi DXN, Zhi Mocha DXN pasti akan menjadi satu lagi minuman pilihan yang dapat menceriakan kehidupan anda!

. . . . . . . . . . . . .


Zhi Mocha is a variety of Lingzhi coffee specially concocted for coffee lovers who love the taste of chocolate as well. This rich and aromatic Zhi Mocha is blended with instant coffee powder made from the selected coffee beans, ganoderma extract and cocoa powder. Now, coffee lovers can savour and enjoy the difference of this exquisite Zhi Mocha without the overly rich feeling.

With iced coffee becoming popular these days , you can try adding ice cubes to a cup of Zhi Mocha. It is definitely a good choice to cool you down in a hot afternoon. Whether hot or cold, Zhi Mocha has a creamy, sweet and unique taste with a slightly bitter after taste. Aside from DXN Lingzhi Coffee, DXN Zhi Mocha would definitely be another choice of beverage to delight your daily habit !


20 sachets - WM RM 25.00 / EM RM 26.50

EuCafé



Mempertingkatkan Tenaga Anda Sungguh Menakjubkan!

DXN memperkenalkan sejenis produk Tongkat Ali yang unggul - EuCafé. Produk ini merupakan aduan jamu Tongkat Ali yang terpilih dengan serbuk kopi berkualiti tinggi, dalam bentuk paket pracampuran yang mudah dibancuh. Rasanya enak dan kaya dengan haruman kopi, EuCafé memang minuman asli yang anda idamkan!

. . . . . . . . . . . . .


Get Energised; Simply excellent!

DXN brings first-rate Tongkat Ali product - EuCafé. This product is a perfect blend of the extracts from selected Tongkat Ali roots and premium quality coffee powder in a premix instant coffee packet for easy preparation and consumption. Together with its delicious and aromatic coffee flavour, EuCafé is certainly a natural beverage that you simply can't resist!


20 sachets - WM RM 26.00 / EM RM 27.00

Vita Café



Sudahkah anda "Vita"?

Vita Café merupakan kopi terbaru yang disyorkan khas kepada anda oleh DXN! Minuman kopi unik ini merupakan campuran Ginseng berkualiti tinggi dengan Tongkat Ali dan ekstrak Ganoderma. Ia disediakan dalam bentuk kopi pracampur yang mudah dibancuh. Anda hanya perlu mencampurkan serbuk pracampur Vita Café dengan secawan air panas untuk menikmati kekayaan aromanya. Oleh itu, tunggu apa lagi? "Vita" kan diri anda pada hari ini juga!

Keistimewaan Vita Café DXN!

  • Kopi 6 dalam 1 eksklusif yang dicampur dengan ginseng, Tongkat Ali dan ekstrak Ganoderma.
  • Minuman yang menyegarkan dengan rasa tradisional dan bau aroma wangi yang unik.
  • Mudah disediakan - boleh dinikmati di rumah, semasa bekerja dan mana-mana sahaja pada bila-bila masa anda ingin menikmati secawan kopi gourmet.
  • Penyediaan dalam pelbagai cara - boleh diminum panas, sejuk, dicampur dengan ais dan dijadikan kopi ais.
  • Menggunakan ramuan berkualiti tinggi terpilih sahaja.
  • Bebas daripada perisa dan bahan pengawet.
  • Minuman kesihatan semulajadi dan sesuai diambil untuk setiap hari.


. . . . . . . . . . . . .


Have you "Vita" Today?

Vita Café is the latest, great tasting natural coffee, brought to you by DXN! It is a unique blend of high quality Ginseng and Tongkat Ali powder with Ganoderma extract. DXN Vita Café is conveniently prepared in the form of premix coffee for easy consumption. All you need is to add the instant powder of Vita Café into a cup of hot water to experience the rich aroma of Vita Café. Why hesitate? Start your "Vita" life today!

The uniqueness of DXN Vita Café!


  • An exclusive 6-in-1 coffee added with Ginseng, Tongkat Ali and Ganoderma extract.
  • A refreshing drink with exquisite traditional flavour and delightful distinctive aroma.
  • It is easy to prepare - enjoy it at home, work, anywhere and anytime you want a cup of hot gourmet coffee.
  • It is exciting and versatile - you can enjoy it hot, ice-cold, ice-blended or chilled!
  • Only selected high quality ingredients are used.
  • It is free from additives and preservatives.
  • A complete natural health drink and is suitable for daily consumption.


20 sachets - WM RM 29.00 / EM RM 30.00

Zhi Ca



Zhi Ca merupakan gula berperisa kopi harum semerbak yang khas dihasilkan untuk pelanggan yang ingin menghadkan pengambilan gula.

Ia dihasilkan daripada bijirin kopi premium terpilih dan ditambah dengan ekstrak ganoderma yang berkualiti. DXN Zhi Ca bukan sahaja dapat memuaskan kehendak anda yang inginkan manisan malah pada masa yang sama anda rasa bertenaga dan bersemangat.

. . . . . . . . . . . . .


Zhi Ca is a rich and aromatic coffee flavoured candy specially made for consumers who wish to limit their sugar intake.

It is made from a selection of premium quality coffee beans with the added benefits of Ganoderma extract. DXN Zhi Ca indulges your sweet tooth whilst making you feel energized.


10 sachets - WM RM 15.50 / EM RM 17.00

Cordyceps Coffee 3 in 1



Kopi Cordyceps DXN 3 dalam 1 dirumus khas dari serbuk kopi segera dengan ekstrak Cordyceps. Rumusan unik ini menghasilkan aroma dan rasa kopi yang harum untuk menyerikan hidup anda.

Kebaikan Kopi Cordyceps DXN 3 dalam 1 :
  • Mempertingkatkan tenaga badan
  • Mengatasi keletihan
  • Meningkatkan kecerdasan minda

. . . . . . . . . . . . . . .


Cordyceps Coffee 3 in 1 is specially formulated from instant coffee powder added with Cordyceps extract. This unique formulation makes a smooth and aromatic coffee to zest up your day by:

  • Increasing energy level
  • Overcoming fatigue
  • Creating alertness



20 sachets - WM RM 24.00 / EM RM 25.00



Ingredients:
Non Dairy Creamer, Sugar, Instant Coffee Powder and Cordycepts.



Nutrition Facts / Maklumat Pemakanan
Serving Size 1 sachet/ Saiz Hidangan Setiap Kontena 20

Energy /Tenga : 452 kcal : 95 kcl

Total Carbohydrate/ Korbohidrat : 77.7 g : 16.3 g

Total Fat/ Lemak : 14.2 g : 3.0 g

Protein : 3.4 g : 0.7 g